Tuesday, July 6, 2010

Tohmahan Orientalis


Orientalisme adalah berasal dari perkataan Orient + isme . Orient bermaksud dunia timur dan isme bermaksud pengkajian, fahaman serta aliran. Oleh itu istilah ini bermaksud pengkajian dunia timur yang merangkumi aspek agama, sosio budaya, bahasa, sejarah, politik serta segala perkara yang bersangkutan dengan dunia Timur.

Golongan ini mempunyai matlamat tersendiri dalam mengkaji perjalanan hidup masyarakat timur. Antaranya untuk melebar luaskan kajian ilmiah serta memperbanyakkan cabang-cabang ilmu untuk sama-sama mengambil faedah dari kelebihan sesebuah negara. Walau bagaimanapun, matlamat utama dan yang terbesar ialah mengkaji Islam untuk menjatuhkannya!!!!

Tokoh-tokoh orientalis terdiri daripada golongan sarjana serta para ilmuan yang menyandang jawatan yang penting dalam bidang pendidikan khasnya. Namun kepakaran serta kebijaksanaan yang mereka miliki tidak disalurkan ada ruang yang sepatutnya..seharusnya mereka mengkaji dan mengikut hidayah yang telah Allah s.w.t berikan agar tergolong dalam golongan yang berjaya di dunia dan di akhirat. Malangnya mereka menurut hawa nafsu.. mengkaji untuk menghancurkan Islam yang mana usaha mereka tidak akan berjaya selama-lamanya.

Golongan ini banyak mengecam Islam sama ada melalui al Quran, hadith mahupun peribadi Rasulullah s.a.w. Mereka akan bermain dan berlegar-legar mengenai masalah sunnah, Isnad serta pengumpulan sunnah. Sebagai contoh, dalam mengkritik hadith, terdapat dua matlamat yang mesti dicapai iaitu
  1. hadith mestilah ditolak secara mutlak atau
  2. mesti diragui kebenaran serta kesahannya.

CONTOH-CONTOH KRITIKAN ORIENTALIS

  • J. Schacht
Kaedah dan kriteria yang digunakan oleh ulama untuk menilai periwayat hadith serta kesahihan sesebuah hadith adalah tidak mencukupi, natijahnya timbul banyak pemalsuan
dalam pengumpulan dan penilaian Hadith.

Pengumpulan hadith pula berlaku dua ratus tahun selepas kewafatan Rasulullah s.a.w.
Dengan ini kenyataan rekaan ini membawa maksud bahawa semua hukum-hakam di dalm islam yang bersumberkan hadith dianggap palsu sekadar rekaan ahli hadith semata-mata.

  • Ignaz Goldziher
Hadith tidak boleh berfungsi sebagai dokumen kepada sejarah awal Islam akan tetapi ia lebih merupakan refleksi kepada kecenderungan -kecenderungan yang muncul dalam komuniti umat Islam

Tidak boleh dipastikan kebenaran kewujudan sahifah2 (kumpulan tulisan hadith2) yang dihasilkan oleh generasi pertama umat Islam. Adakah ianya bertepatan dengan realiti atau sekadar kenyataan yang dicipta dalam menghadapi penentangan penulisan hadith.


Banyak lagi dakwaan2 karut mereka terhadap Islam. Cuba teliti cara menangkis dakwaan2 mereka ini dengan ilmiah dan sebarkan kepada masyarakat. Para musuh Islam tidak mampu menjatuhkan islam serta pengikutnya dengan senjata justeru mereka mengalihkan tumpuan pada gazwah al fikr ( perang pemikiran).

1 comment:

  1. Salam, ustazah Dzakiah saya mohon izin link kan blog ustazah kt blog saya ea...

    ReplyDelete