Monday, July 5, 2010

iLmU

Benarkah pepatah 'membaca jambatan ilMu'?kalau jambatannya hanya separuh jalan? Bagaimanakah kesudahannya? Bagaimankah orang sekeliling yang ingin menggunakan jambatan tersebut?

Petang tadi taklimat di dewan kuliah 1, mengenai The Scandinavian University di Syria. Sayangnya.. ramai yang tidak hadir walaupun diwajibkan... Alasan: tak faham..Bagi saya faham atau tidak perkara kedua.. kehadiran ke majlis tadi janganlah dianggap ringan kerana kita berada dalam majlis ilmu, mendapat keberkatan.. dimohon keampunan oleh para malaikat mahupun haiwan.. tepuk dada tanya la iman....

Antara ucapan Pegawai hal Ehwal Pelajar Universiti tersebut.."Apabila kita diajukan soalan..."siapakah orang terkaya di Malaysia?''kita mampu menjawabnya... apabila diajukan siapakah orang terkaya 50 tahun sebelum.. kita mungkin tidak tahu jawapan.. namun...orang yang berada di dalam lingkungan tersebut mampu menjawabnya...? Tetapi jikalau kita diajukan siapakah orang yang a'liim kurun yang lalu...Siapakah yang a'liim dalam bidang aqidah, syariah, tafsir, hadith dan bidang-bidang ilmu yang lain?Kita mampu menjawabnya.... kerana sejarah telah melakarkannya.... semuanya menjadi mahsyur kerana ilmu yang dimiliki....

Persoalan ini sebenarnya membuka minda pendengar sekiranya kita amati dan hayati dengan hati dan akal yang waras. Ilmu memainkan peranan yang penting dalam kehidupan...betapa ilmu dapat mengangkat martabat seseorang dari zero to hero...manfaatnya sangat besar pada diri sendiri dan orang lain..Sama-sama kita renungkan dan koreksi diri kita...

''Betulkan yang biasa, biasakan yang betul''

1 comment:

  1. Qoola Umar al-Khattab r.a.: Tafaqqahu qabla an tusawwadu. (al-Bukhari)

    Berkata Umar al-Khattab r.a.: "Tuntutlah ilmu sebelum kamu menjadi pemimpin!"

    Kata ulama di dalam kitab Fathul Baari Syarh Sahih al-Bukhari Maksud pemimpin di situ ialah pemimpin dalam keluarga (suami).

    Menurut Ustaz Hakim, maksudnya "sebelum tua".

    Namun, saya setuju dengan penjelasan ulama berkenaan. Secara lazimnya, seseorang yang sudah berkeluarga dan menjadi suami mempunyai tanggungjawab yang sangat besar.
    1)Mencari nafkah buat keluarga,
    2)melindungi ahli keluarga
    3)mendidik ahli keluarga.

    Sukar rasanya untuk belajar seperti dalam Universiti / kolej ini. Melainkan bagi siapa yang mampu.

    Sebenarnya saya juga setuju dengan pandangan Ustaz Hakim itu, kerana beliau pakar dalam bahasa Arab. Sekian... Wassalamu 'alaikum warahmatullah.

    Doakan mudah-mudahan saya dapat isteri yang baik. Syukran.

    ReplyDelete