Sunday, June 20, 2010

Takut atau Berani???

Apabila seseorang mukmin mengingat dan mendatangkan rasa takut kepada Allah swt, maka dia akan memperoleh kelembutan hati dan akan mengingatkannya kepada 'temujanji' yang pasti dengan Allah swt.

Terdapat empat faktor yang mendatangkan rasa takut kepada Allah swt iaitu:
  • Ziarah kubur
  • Selalu mengingati kematian
  • Sentiasa berwaspada terhada pengawasan Allah swt
  • Muhasabah diri akan pedihnya azab dan siksaan Allah swt
Setiap perkara yang Allah swt cipta itu berpasangan, ada siang ada malam, ada ombak ada pantai, begitu juga andai tertulis faktor mendatangkan rasa takut, pastinya ada juga faktor yang menghilangkan rasa takut tersebut. Di antaranya ialah:

  • Kelalaian
  • Kemaksiatan
  • mensia-siakan waktu
  • mengkufuri nikmat pemberian Allah swt
Kita yang menentukan apa yang kita inginkan di dalam kehidupan ini. Keutamaan diberikan pada mencari MardhatilLah....ciptaLah resepi kejayaan anda.. selamat Mencuba... ;)


1 comment:

  1. لاتحزن أن الله معنا, jangan takut2 , yakin jer, trus mulakan serangan , eh ade kaitan ker srang menyerang ni, serang la perkara2 yang boleh mghilangkan rasa takut tu, waaaaaaa tahniah ustazah banyakkan lagi artikel, pesaing utama ustaz hakim niii

    ReplyDelete