Sunday, June 20, 2010

Takut atau Berani???

Apabila seseorang mukmin mengingat dan mendatangkan rasa takut kepada Allah swt, maka dia akan memperoleh kelembutan hati dan akan mengingatkannya kepada 'temujanji' yang pasti dengan Allah swt.

Terdapat empat faktor yang mendatangkan rasa takut kepada Allah swt iaitu:
  • Ziarah kubur
  • Selalu mengingati kematian
  • Sentiasa berwaspada terhada pengawasan Allah swt
  • Muhasabah diri akan pedihnya azab dan siksaan Allah swt
Setiap perkara yang Allah swt cipta itu berpasangan, ada siang ada malam, ada ombak ada pantai, begitu juga andai tertulis faktor mendatangkan rasa takut, pastinya ada juga faktor yang menghilangkan rasa takut tersebut. Di antaranya ialah:

  • Kelalaian
  • Kemaksiatan
  • mensia-siakan waktu
  • mengkufuri nikmat pemberian Allah swt
Kita yang menentukan apa yang kita inginkan di dalam kehidupan ini. Keutamaan diberikan pada mencari MardhatilLah....ciptaLah resepi kejayaan anda.. selamat Mencuba... ;)


Monday, June 14, 2010

TAJUK-TAJUK TUGASAN

Mata pelajaran Akhlak DPF 1013


  1. Konsep akhlak dan perkaitannya dengan muslim
  2. konsep akhlak Mahmudah
  3. Rasulullah mendidik sifat Syukur, baik hati dan hormat menghormati
  4. Rasulullah mendidik sifat kasih sayang, adil dan berani
  5. Rasulullah mendidik sifat benar, bermuafakat dan menjaga kebersihan
  6. Rasulullah mendidik sifat sederhana, patuh, bersikap terbuka dan menerima kritikan
  7. Rasulullah mendidik sifat menepati janji, hemah tinggi, ikhlas dan jujur
  8. Sifat-sifat mazmumah: marah, dendam, hasad dengki
  9. Sifat-sifat mazmumah: Riak, takabbur, ujub
  10. Gejala sosial: pergaulan bebas, pembuangan bayi
  11. Gejala sosial: zina, Aids
  12. Gejala sosial: pengaruh dadah, merokok

* Tertakluk kepada perubahan.

Sunday, June 13, 2010

Jadual kuliah

* Dalam penyelenggaraan

Thursday, June 10, 2010

TAJUK-TAJUK TUGASAN

Berikut adalah senarai tajuk tugasan.


  1. Cara menerima & meriwayatkan hadith serta ulasan kitab Sunan Abu Daud
  2. Orientalis dan sunnah dan ulasan kitab Sahih Bukhari
  3. Sejarah penulisan hadith di zaman Rasulullah dan ulasan kitab Sunan Nasaei
  4. Hadith Sahih dan biografi Abu Hurairah
  5. Hadith Hasan dan biografi Anas bin Malik
  6. Hadith Maudhu' dan biografi Siti Aisyah
  7. Hadith Dhaif dan biografi Abdullah bin Mas'ud
  8. Hadith Mutawattir dan biografi Abdullah bin Amr bin al Ash
  9. Hadith Ahad dan biografi Abu Dzar
  10. Hadith Qudsi dan ulasan kitab Sahih Muslim
  11. Ilmu al Jarh wa Ta'dil dan ulasan kitab Sunan Ibn Majah
  12. Ilmu Rijal dan pengertian khabar serta athar
  13. Ilmu I'lal al Hadith dan ulasan kitab Sunan al Tirmidzi
  14. Tobaqat ar Ruwah dan pengertian hadith serta sunnah
  15. Sejarah pembukuaan Hadith
  16. Pembahagian Hadith: Riwayah dan Dirayah dan Ilmu Mukhtalaf al Hadith

* Tertakluk kepada perubahan

Penilaian sepanjang semester

Mata pelajaran ULUM AL HADITH DPF 2633

Kaedah penilaian :

I) Penilaian sepanjang kursus adalah 60%.

i. Tugasan : 20 markah x 1 = 20 markah
ii. Perbentangan : 10 markah x 1 = 20 markah
iii. Ujian bulanan : 25 markah x 1 = 25 markah
iv. Tugasan di luar kelas : 20 markah x 1 = 20 markah
v. Aktiviti kumpulan : 10 markah = 10 markah
vi. Sakhsiah : 5 markah = 5 markah

Jumlah keseluruhan 100 markah (akan ditukar kepada 60%)

II) Penilaian peperiksaan akhir adalah 40%

*Tertakluk kepada perubahan.

MATA PELAJARAN ULUM AL HADITH DPF 2633

Sinopsis Mata Pelajaran:

Mata pelajaran ini membicarakan tentang ilmu Mustalahul Hadith, sejarah dan kepentingannya, mengkaji tentang proses penyusunan Hadith, membezakan diantara ilmu Hadith Riwayah dan Dirayah. Mengkaji syarat perawi dan kriteria yang digunakan dikalangan Muhaddithin, membahas tentang pembahagian Hadith Sahih, Hasan, Dhaif dan Maudu, menilai kedudukan Hadith berasaskan perundangan serta mengkaji tentang generasi perawi.

Objektif


1. Mengetahui tentang Ilmu Mustalahul Hadith dan proses penyusunan Hadith
2. Membezakan diantara Ilmu Hadith Riwayah dan Dirayah serta martabatnya
3. Mengkaji tentang Sunan Sittah dan beberapa tokoh muhadithin tersohor dan banyak meriwayatkan hadith dikalangan sahabat
4. Membahas tentang pembahagian Hadith (Sahih, Hasan, Dhaif dan Maudu’)

MINGGU 1:

Pengenalan Ilmu Mustalah Al-Hadith
- Hadith dan Sunnah
- Sejarah penulisan Hadith dari zaman Rasullullah
- Kepentingan penulisan Hadith

MINGGU 2:

Penyusunan Hadith
- Penulisan hadith pada zaman Rasullulah
- Pendirian orientalis terhadap penyusunan Hadith
- Pengembaraan untuk mendapatkan Hadith

Minggu 3:

Bentuk periwayatan Hadith
Mendengar, Bacaan, Ijazah, Al-munawalah, Catatan Al-I’lam,
Al-wasiah, Al-wijadah

MINGGU 4:

Jenis-jenis Hadith
- Hadith
- Khabar
- Athar
- Hadith Qudsi

MINGGU 5:

Bahagian Hadith
- Sahih
- Hasan
- Dhaif
- Maudu’

MINGGU 6:

Martabat Hadith
- Mutawatir
- Masyhor
- Maudhu’

MINGGU 7:

Perawi hadith
- Syarat perawi
- Sanad
- Matan
- Perawi

MINGGU 8:

Pengenalan Sunan As-Sittah
- Bukhari
- Muslim
- Nasaie

MINNGU 9:

Pengenalan Sunan As-Sittah
- Ibn Majah
- Abu Daud
- At-Tarmizi

MINGGU 10:

Ilmu Hadith Riwayah dan Dirayah
- Ilmu al-Jarh dan al-Ta’dil
- Ilmu Rijal
- Ilmu mukhtalaf al-Hadith
- Ilmu ‘llal al-Hadith

MINGGU 11:

Sahabat yang banyak meriwayatkan Hadith
- Abu Hurairah
- Anas bin Malik
- Siti Aishah Umm al-Mu’minin

MINGGU 12

Sahabat yang termashur meriwayatkan hadith
- Abdullah bin Mas’ud
- Abdullah bin ‘Amr bin al-Aas
- Abu Zar al-Ghifari

MINGGU 13:

Generasi perawi (Tabaqat ar-Ruwat)
- Tabaqat perawi menurut Ibn Hajar
- Tabaqat sahabat
- Tabaqat at-Tabi’in
- Tabaqat Tabi’ at-Tabi’in

MINNGU 14:

Perbincangan/Forum/Seminar

Wednesday, June 9, 2010

Penilaian sepanjang semester

Mata pelajaran AKHLAK DPF 1013

Kaedah penilaian :

I) Penilaian sepanjang kursus adalah 60%.

i. Tugasan : 20 markah x 1 = 20 markah
ii. Perbentangan : 10 markah x 1 = 20 markah
iii. Ujian bulanan : 25 markah x 1 = 25 markah
iv. Tugasan di luar kelas : 20 markah x 1 = 20 markah
v. Aktiviti kumpulan : 10 markah = 10 markah
vi. Sakhsiah : 5 markah = 5 markah

Jumlah keseluruhan 100 markah (akan ditukar kepada 60%)

II) Penilaian peperiksaan akhir adalah 40%

MATA PELAJARAN AKHLAK DPF 1013

Sinopsis Mata Pelajaran:

Menjelaskan definisi sifat-sifat mahmudah dan ciri-ciri yang perlu ada pada sifat-sifat tersebut,menjelaskan bagaimana akhlak Rasululllah dalam mendidik jiwa berakhlak mulia, mengenalpasti sifat mazmumah dan cara menjauhinya

Objektif

1. Menjelaskan definisi sifat-sifat mahmudah dan ciri-ciri yang perlu ada pada sifat-sifat tersebut
2. Mengamalkan sifat-sifat mahmudah dalam kehidupan seharian.
3. Mengambil contoh daripada akhlak Rasul dan para sahabat
4. Mengenalpasti sifat yang mazmumah punca dan cara mengatasinya


MINGGU 1

Konsep Akhlak dan kaitanya dengan kehidupan muslim
- Definisi akhlak
- Prinsip-prinsip Akhlak Islam
- Kepentingan Akhlak
- Keistimewaan Akhlak Islam
- Ciri-ciri Akhlak Islam
- Akhlak Rasulullah Sebagai Qudwah Hasanah

MINGGU 2

Konsep Akhlak Mahmudah
- Strategi untuk mencapai akhlak mulia
- Pembersihan jiwa atau Tazkiyyah Al-Nafs
- Amalan-amalan untuk pembersihan Jiwa

MINGGU 3


- Kaedah yang disarankan oleh al-Quran
- Kaedah yang disarankan Rasulullah

MINGGU 4


Kaedah Rasulullah s.a.w. Mendidik Akhlak
- Bersyukur, baik hati dan hormat menghormati
- Cara-cara bersyukur, berbuat kebaikan (baik hati) dan hormat menghormati
- Dalil yang menunjukkan keperibadian Rasulullah menerusi akhlak tersebut

MINGGU 5


Kaedah Rasulullah s.a.w. Mendidik Akhlak
- Kasih sayang, Adil dan Berani
- Cara mengaplikasikan kasih sayang,adil dan berani dalam kehidupan
- Dalil yang menunjukkan keperibadian Rasulullah menerusi akhlak tersebut

MINGGU 6


Kaedah Rasulullah s.a.w. Mendidik Akhlak
- Kebersihan, Benar dan bermuafakat
- Cara menjaga kebersihan, becakap benar serta hidup dalam bermuafakat
- Dalil yang menunjukkan keperibadian Rasulullah menerusi akhlak tersebut

MINGGU 7


Kaedah Rasulullah s.a.w. Mendidik Akhlak
- Sederhana, Patuh dan bersifat terbuka serta menerima teguran dan nasihat
- Cara Rasulullah dalam bersedrhana, patuh serta bersikap terbuka menerima teguran dan nasihat
- Dalil yang menunjukkan keperibadian Rasulullah menerusi akhlak tersebut

MINGGU 8


Kaedah Rasulullah s.a.w. Mendidik Akhlak
- Menepati janji, berhemah tinggi, Ikhlas dan Jujur
- Amalan menepati janji,berhemah tinggi, ikhlas dan jujur dalam kehidupan seharian
- Dalil yang menunjukkan keperibadian Rasulullah menerusi akhlak tersebut

MINGGU 9


Kaedah Rasulullah s.a.w. Mendidik Akhlak
- Kewajipan mempertingkatkan kebaikan diri dan memperbaiki masyarakat
- Cara mempertingkatkan kebaikan diri dan memperbaiki akhlak masyarakat dalam cabaran kehidupan seharian
- Dalil yang menunjukkan keperibadian Rasulullah menerusi akhlak tersebut

MINGGU10


Kesan mengamalkan akhlak mahmudah dalam Kehidupan
- Terhadap individu
- Terhadap masyarakat
- Terhadap agama
- Terahadap negara

MINGGU 11


Sifat-sifat Mazmumah
Marah
- Hakikat dan tingkatan marah
- Kaedah menghilangkan marah
- Latihan mengawal sifat marah
Dendam
- Pengertian dendam
- Sejarah manusia bersifat dendam
- Menghapuskan sifat dendam dan keutamaan berbuat Ihsan
Hasad Dengki
- Hakikat Hasad Dengki dan hukumnya
- Contoh Hasad Dengki
- Kaedah melenyapkan hasad dengki

MINGGU 12


Sifat-sifat Mazmumah
Riak
- Hakikat Riak dan hukumnya
- Jenis-jenis riak
- Keadah menghapuskan sifat Riak
Takabur
- Hakikat Takbur
- Tanda orang yang takbur
- Kaedah menghapuskan sifat Takbur
Ujub
- Hakikat Ujub
- Bahaya dan bencana sifat Ujub
- Kaedah menghapuskan sifat Ujub

MINGGU 13


Gejala Sosial Dalam Masyarakat Dan Cara Mengatasinya
- Pergaulan Bebas
- Zina
- Pembuangan Bayi
- Faktor- fakor yang mendorong berlakunya masalah sosial
- Cara mengatasi masalah

MINGGU 14


Gejala Sosial Dalam Masyarakat Dan Cara Mengatasinya
- Pengaruh Dadah
- Gejala Aids
- Merokok
- Faktor- fakor yang mendorong berlakunya masalah sosial
- Cara mengatasi masalah

Selamat Datang.. Ahlan wa Sahlan wa Marhaban Bikum

Sessi kuliah akan bermula 14 jun 2010. Diharap para pelajar akan giat berusaha mempertingkat diri menjelang sesi baru ini. Apa yang kurang ditambah yang ada dipertingkatkan. Di awal perkuliahan ini seharusnya seseorang pelajar telah meletakkan matlamat yang ingin dicapai agar usaha akan tertumpu padanya. Usah membiasakan ayat 'ala.... awal lagi.... nanti la dulu...relax ar...' kerana term2ini la yang akan melemahkan motivasi diri anda. Formulanya mudah: Matlamat + Metod = tercapai / tidak

Manusia dikurnia akal... pemberian Allah s.w.t yang paling bernilai untuk digunakan...membeza baik buruk menentu betul salah. Jika pengaplikasian akal tersebut zero.. maka rosaklah objektifnya.Set dalam minda bahawa 'SAYA SEORANG YANG HEBAT!!!' ;)