Wednesday, July 21, 2010

FORMAT TUGASAN KERJA KURSUS


1. Format Umum
• Tulisan Rumi: Times New Roman
• Saiz : 12
• Tulisan Arab : Traditional Arabic
• Saiz : 16
• Spacing : 1.5
• Keseragaman : Justify
• No Muka Surat: Bahagian Atas kanan
• Helaian muka Surat : mininum 10 muka surat

2. Muka hadapan:
• Nama Kolej
• Mata pelajaran & kod
• Tajuk Tugasan
• Nama pelajar dan No Matrik
• Nama pensyarah pembimbing

3. Kandungan Kerja Kursus
• Isi kandungan
• Pengenalan
• Objektif kajian
• Permasalahan kajian
• Metodologi kajian
• Bab 1 : Pendahuluan bab, point-point yang perlu dimasukkan , Bab 2: Pendahuluan bab, dan seterusnya (penggunaan Bab jika perlu, jika tidak gunakan kaedah nombor sahaja 1.0, 1.1 dan seterusnya)
• Rumusan
• Rujukan
• Lampiran (jika perlu)

Tuesday, July 6, 2010

Tohmahan Orientalis


Orientalisme adalah berasal dari perkataan Orient + isme . Orient bermaksud dunia timur dan isme bermaksud pengkajian, fahaman serta aliran. Oleh itu istilah ini bermaksud pengkajian dunia timur yang merangkumi aspek agama, sosio budaya, bahasa, sejarah, politik serta segala perkara yang bersangkutan dengan dunia Timur.

Golongan ini mempunyai matlamat tersendiri dalam mengkaji perjalanan hidup masyarakat timur. Antaranya untuk melebar luaskan kajian ilmiah serta memperbanyakkan cabang-cabang ilmu untuk sama-sama mengambil faedah dari kelebihan sesebuah negara. Walau bagaimanapun, matlamat utama dan yang terbesar ialah mengkaji Islam untuk menjatuhkannya!!!!

Tokoh-tokoh orientalis terdiri daripada golongan sarjana serta para ilmuan yang menyandang jawatan yang penting dalam bidang pendidikan khasnya. Namun kepakaran serta kebijaksanaan yang mereka miliki tidak disalurkan ada ruang yang sepatutnya..seharusnya mereka mengkaji dan mengikut hidayah yang telah Allah s.w.t berikan agar tergolong dalam golongan yang berjaya di dunia dan di akhirat. Malangnya mereka menurut hawa nafsu.. mengkaji untuk menghancurkan Islam yang mana usaha mereka tidak akan berjaya selama-lamanya.

Golongan ini banyak mengecam Islam sama ada melalui al Quran, hadith mahupun peribadi Rasulullah s.a.w. Mereka akan bermain dan berlegar-legar mengenai masalah sunnah, Isnad serta pengumpulan sunnah. Sebagai contoh, dalam mengkritik hadith, terdapat dua matlamat yang mesti dicapai iaitu
  1. hadith mestilah ditolak secara mutlak atau
  2. mesti diragui kebenaran serta kesahannya.

CONTOH-CONTOH KRITIKAN ORIENTALIS

  • J. Schacht
Kaedah dan kriteria yang digunakan oleh ulama untuk menilai periwayat hadith serta kesahihan sesebuah hadith adalah tidak mencukupi, natijahnya timbul banyak pemalsuan
dalam pengumpulan dan penilaian Hadith.

Pengumpulan hadith pula berlaku dua ratus tahun selepas kewafatan Rasulullah s.a.w.
Dengan ini kenyataan rekaan ini membawa maksud bahawa semua hukum-hakam di dalm islam yang bersumberkan hadith dianggap palsu sekadar rekaan ahli hadith semata-mata.

  • Ignaz Goldziher
Hadith tidak boleh berfungsi sebagai dokumen kepada sejarah awal Islam akan tetapi ia lebih merupakan refleksi kepada kecenderungan -kecenderungan yang muncul dalam komuniti umat Islam

Tidak boleh dipastikan kebenaran kewujudan sahifah2 (kumpulan tulisan hadith2) yang dihasilkan oleh generasi pertama umat Islam. Adakah ianya bertepatan dengan realiti atau sekadar kenyataan yang dicipta dalam menghadapi penentangan penulisan hadith.


Banyak lagi dakwaan2 karut mereka terhadap Islam. Cuba teliti cara menangkis dakwaan2 mereka ini dengan ilmiah dan sebarkan kepada masyarakat. Para musuh Islam tidak mampu menjatuhkan islam serta pengikutnya dengan senjata justeru mereka mengalihkan tumpuan pada gazwah al fikr ( perang pemikiran).

Monday, July 5, 2010

iLmU

Benarkah pepatah 'membaca jambatan ilMu'?kalau jambatannya hanya separuh jalan? Bagaimanakah kesudahannya? Bagaimankah orang sekeliling yang ingin menggunakan jambatan tersebut?

Petang tadi taklimat di dewan kuliah 1, mengenai The Scandinavian University di Syria. Sayangnya.. ramai yang tidak hadir walaupun diwajibkan... Alasan: tak faham..Bagi saya faham atau tidak perkara kedua.. kehadiran ke majlis tadi janganlah dianggap ringan kerana kita berada dalam majlis ilmu, mendapat keberkatan.. dimohon keampunan oleh para malaikat mahupun haiwan.. tepuk dada tanya la iman....

Antara ucapan Pegawai hal Ehwal Pelajar Universiti tersebut.."Apabila kita diajukan soalan..."siapakah orang terkaya di Malaysia?''kita mampu menjawabnya... apabila diajukan siapakah orang terkaya 50 tahun sebelum.. kita mungkin tidak tahu jawapan.. namun...orang yang berada di dalam lingkungan tersebut mampu menjawabnya...? Tetapi jikalau kita diajukan siapakah orang yang a'liim kurun yang lalu...Siapakah yang a'liim dalam bidang aqidah, syariah, tafsir, hadith dan bidang-bidang ilmu yang lain?Kita mampu menjawabnya.... kerana sejarah telah melakarkannya.... semuanya menjadi mahsyur kerana ilmu yang dimiliki....

Persoalan ini sebenarnya membuka minda pendengar sekiranya kita amati dan hayati dengan hati dan akal yang waras. Ilmu memainkan peranan yang penting dalam kehidupan...betapa ilmu dapat mengangkat martabat seseorang dari zero to hero...manfaatnya sangat besar pada diri sendiri dan orang lain..Sama-sama kita renungkan dan koreksi diri kita...

''Betulkan yang biasa, biasakan yang betul''

Sunday, June 20, 2010

Takut atau Berani???

Apabila seseorang mukmin mengingat dan mendatangkan rasa takut kepada Allah swt, maka dia akan memperoleh kelembutan hati dan akan mengingatkannya kepada 'temujanji' yang pasti dengan Allah swt.

Terdapat empat faktor yang mendatangkan rasa takut kepada Allah swt iaitu:
  • Ziarah kubur
  • Selalu mengingati kematian
  • Sentiasa berwaspada terhada pengawasan Allah swt
  • Muhasabah diri akan pedihnya azab dan siksaan Allah swt
Setiap perkara yang Allah swt cipta itu berpasangan, ada siang ada malam, ada ombak ada pantai, begitu juga andai tertulis faktor mendatangkan rasa takut, pastinya ada juga faktor yang menghilangkan rasa takut tersebut. Di antaranya ialah:

  • Kelalaian
  • Kemaksiatan
  • mensia-siakan waktu
  • mengkufuri nikmat pemberian Allah swt
Kita yang menentukan apa yang kita inginkan di dalam kehidupan ini. Keutamaan diberikan pada mencari MardhatilLah....ciptaLah resepi kejayaan anda.. selamat Mencuba... ;)


Monday, June 14, 2010

TAJUK-TAJUK TUGASAN

Mata pelajaran Akhlak DPF 1013


  1. Konsep akhlak dan perkaitannya dengan muslim
  2. konsep akhlak Mahmudah
  3. Rasulullah mendidik sifat Syukur, baik hati dan hormat menghormati
  4. Rasulullah mendidik sifat kasih sayang, adil dan berani
  5. Rasulullah mendidik sifat benar, bermuafakat dan menjaga kebersihan
  6. Rasulullah mendidik sifat sederhana, patuh, bersikap terbuka dan menerima kritikan
  7. Rasulullah mendidik sifat menepati janji, hemah tinggi, ikhlas dan jujur
  8. Sifat-sifat mazmumah: marah, dendam, hasad dengki
  9. Sifat-sifat mazmumah: Riak, takabbur, ujub
  10. Gejala sosial: pergaulan bebas, pembuangan bayi
  11. Gejala sosial: zina, Aids
  12. Gejala sosial: pengaruh dadah, merokok

* Tertakluk kepada perubahan.

Sunday, June 13, 2010

Jadual kuliah

* Dalam penyelenggaraan

Thursday, June 10, 2010

TAJUK-TAJUK TUGASAN

Berikut adalah senarai tajuk tugasan.


  1. Cara menerima & meriwayatkan hadith serta ulasan kitab Sunan Abu Daud
  2. Orientalis dan sunnah dan ulasan kitab Sahih Bukhari
  3. Sejarah penulisan hadith di zaman Rasulullah dan ulasan kitab Sunan Nasaei
  4. Hadith Sahih dan biografi Abu Hurairah
  5. Hadith Hasan dan biografi Anas bin Malik
  6. Hadith Maudhu' dan biografi Siti Aisyah
  7. Hadith Dhaif dan biografi Abdullah bin Mas'ud
  8. Hadith Mutawattir dan biografi Abdullah bin Amr bin al Ash
  9. Hadith Ahad dan biografi Abu Dzar
  10. Hadith Qudsi dan ulasan kitab Sahih Muslim
  11. Ilmu al Jarh wa Ta'dil dan ulasan kitab Sunan Ibn Majah
  12. Ilmu Rijal dan pengertian khabar serta athar
  13. Ilmu I'lal al Hadith dan ulasan kitab Sunan al Tirmidzi
  14. Tobaqat ar Ruwah dan pengertian hadith serta sunnah
  15. Sejarah pembukuaan Hadith
  16. Pembahagian Hadith: Riwayah dan Dirayah dan Ilmu Mukhtalaf al Hadith

* Tertakluk kepada perubahan